Jumaat, 24 November 2023

KETAM DAN JURUSAN HIDUPAN MANUSIA

(Hayati Jurusan Hidup Dan Perniagaan  Semasa) 

Kuala Lumpur. Senyuman masyarakat sejagat setiap hari sangat menghiburkan tatkala bersua muka dikhalayak ramai apa tak lagi dalam majlis keramaian yang dikunjungi ribuan warga serantau, namun adakah senyuman yang dipersembahkan itu iklas serta jujur dalam setiap apa jua urusan membentuk kehidupan bermaufakat serta saling berkerjasama didalam pelbagai urusan hidup khususnya bidang perniagaan?.

Persoalan yang rumit kita huraikan bermula sejak 1963  sehingga hari ini dimana bukan muda mengimbau sejarah 60 tahun yang lepas, namun semua ini perlu kita  imbau, dedahkan satu persatu dan huraikan secara terperinci apakah kehidupan senyuman, kejujuran, keiklasan serta padu kerjasama yang sebenarnya rakyat dirantau ini.

Dalam konteks senyuman tiap hari yang dipamerkan dalam pelbagai majlis keramaian khususnya dalam jumlah ribuan  orang ianya dibatasi keiklasan kejujuran serta kerjasama, semua senyuman dipamerkan sekadar menarik perhatian agar seluruh penonton menghulur sumbangan kerjasama segala yang bakal diperniagakan nya tanpa membantu urusniaga rakan rakan sejiran mereka.

Ini didedahkan beberapa bekas perajurit yang ditemui hari ini berhubung riwayat KETAM YANG LEBIH BERBISA MENYEKAT SEJIRAN, namun senyuman diberi lebih kepada meraih sokongan urusniaga sendiri tanpa menghiraukan warga sejiran ungkap mereka hari ini.

Menurut mereka lagi, ada juga warga muda memberi senyuman dan cepat mesra demi mengharap warga serantau membantu membeli urusniaga mereka, sebaliknya jika warga serantau membalas promosi urusniaga berbeza pantas sahaja memberi jawapan nanti lain kali kata mereka berlalu pergi bagai tak iklas berkerjasama ungkap mereka. 

KETAM HIDUP BERBISA AKAN MENYENGAT SESIAPA SAHAJA YANG TERDEKAT DENGAN NYA, berbanding dengan manusia sejagat yang lebih mengukir senyum namun serupa tidak akan banyak kejujuran membantu urusniaga orang lain malah ada yang suka perniagaan orang lain tertutup demi mereka menempah nama.

Dalam pada itu, ketika tinjauan dibuat ramai warga menafikan amalan riwayat seperti  KETAM HIDUP TIDAK MEMBERI RUANG URUSNIAGA ORANG LAIN  demi menutup amalan diri mereka tidak suka membantu urusniaga orang lain, ini termasuklah orang bergelar pemimpin, orang politik, orang peniaga, namun jika mereka ada perlu senyuman ramah mesra dan bersifat prihatin ditunjuk agar tetamu membanjiri program mereka.

Sebaik sahaja selesai program warga yang ada cuba memancing  meraih sokongan urusniaganya sendiri langsung tidak dilayan dengan alasan sebok dan lain kali sahaja diungkapkan, ini lah kaedah hidup rasmi ketam hidup tidak mengenang rakan sejiran mereka walaupun riwayat mereka sendiri demi mengaut keuntungan semua hak peribadi terlebih dahulu tanpa menghirau orang lain.

Sesungguhnya berwaspada lah kita dengan kelembutan senyuman, keramahan dipamer dan lunak suara menyapa tetamu ribuan orang, namun segalanya sekadar pelaris untuk diri mereka bagi meraih sokongan dan keuntungan sendiri  tanpa menghirau urusniaga orang lain sampai kehari ini walaupun tidak semuanya jelas bekas perajurit yang ditemui. Susunan Penolong Pengarang




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan  memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan