Ahad, 19 November 2023

DIBACA DAN DILUPAKAN

Khyusuk Membaca Tapi Dilupakan 
 

Oleh. Koijul Hairol

Banyak membaca  tapi sedikit yang mentelaahnya apa tak lagi mengingati apa yang mereka baca  sehingga segala yang berlaku bagai tidak teringat langsung.  

Ada juga yang membaca sekadar suka suka namun tidak sampai seminggu semua berita yang penuh peristiwa sudah dilupakan mereka, ini merupakan satu trend yang sukar digambarkan dalam jangkamasa panjang  apa akan terjadi generasi yang lupa pada sejarah disekeliling mereka.

Antara yang sukar ditempuhi adalah semua tragedi berdarah menggugat keselamatan negara namun bila sudah diamankan pasukan luar negeri terus dilupakan sehingga menentang politik mereka, sepanjang diganggu gugat musuh luar negara bukan main minta bantu dari pihak luar namun sebaik diamankan mula lupa mahu kuasa mentabdir negeri sendiri.

Belumpun mampu mempertahankan negeri sendiri sudah mula tunjuk belang mahu kuasa entah bagaimana jika diserang semula golongan pengganas dari luar negara, amat jelas setiap pengganas hanya menanti kedudukan sesebuah negeri tidak stabil baru lah mereka menggugat negeri terlibat selagi mereka berpeluang dalam visi jahat mereka.

Paparan ini ada peringatan golongan orang politik agar tidak mengheret rakyat kekanca kacau bilau akibat ketidakstabilan politik tempatan negeri mereka apa tak lagi dikawasan pernah terjadi tragedi berdarah, sampai bila pun rakyat miskin akan menempuh kesusahan jika negeri yang mereka duduki kacau bilau akibat politik tidak stabil dalam jangkamasa panjang.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan