Selasa, 14 November 2023

NGO DAN KERAJAAN APA BEZA NYA

Warga dinegeri membangun perlu pelajari 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Menyingkap tragedi yang berlaku di Plastine akibat tindakan badan ngo Hamas menyerang Israel Oktober 2023 negeri negeri kerdil tengah membangun harus belajar tragedi tersebut.

Antara yang muda terkesan dengan tragedi seumpama ialah Sarawak dan Sabah jika kurang berhati hati orang didalam tanah air mereka dengan pelbagai badang NGO mewakili pelbagai suku kaum yang berbeza.

Sejarah sudah pernah berlaku di Sabah dalam TRAGEDI TONDUOH  dibahagian Lahad Datu ekoran dengan pendaratan dan serangan Abu Sayyaf yang mungkin telah lupa sebilangan penduduk negeri tersebut, kejadian tersebut juga mengorban nyawa anggota pasukan keselamatan dari pasukan Polis DiRaja Malaysia akibat kekejaman kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang mungkin kurang disedari penduduk Sabah.

Sehingga hari ini kawalan Tentera dibawah seliaan ESSCOM Lahad Datu masih berterusan bagi mencegah penculikan serta serangan semula kumpulan Pengganas Abu Sayyaf serta serpihan kumpulan tersebut yang tidak diketahui keberadaan mereka.

Abu Sayyaf dan pelbagai sekutunya juga satu badan NGO sebelum menggunakan senjata api menyerang negeri orang yang berdaulat dengan sebua negara Malaysia, namun dilaporkan ramai penduduk Sabah kurang peka dengan tragedi berdarah Tonduoh sehingga bermain Sabah untuk Sabah walaupun mereka tidak mahir siapa itu Abu Sayyaf dan kroninya. 

Bayangkan HAMAS DAN SEKUTUNYA yang juga badan NGO di Plastine menduduki Gaza namun bila angkat Senjata Api menyerang Israel 7 Oktober 2023 baru nampak sama dengan kumpulan Abu Sayyaf, sampai hari ini Zionis Israel terus bertindak ganas membunuh bukan sahaja pengikut Hamas dan sekutunya nya malah seluruh rakyat Plastine yang tidak berkait Hamas dan sekutunya terus menjadi korban oleh Israel.

Satu pendedahan ini sebagai peringatan hasil kajian beberapa bekas Tentera Malaysia yang ditemui supaya rakyat Sarawak dan Sabah berpandangan jauh dengan isu sekeliling mereka yang senang dibolosi kumpulan pengganas mirip Badan NGO sebelum angkat senjata.

Sama sama kita memelihara kedaulatan negara penuh harmoni tanpa memburu pangkat dan kuasa jika mampu memudaratkan keselamatan rakyat jelata miskin di Sarawak dan Sabah dalam jangkamasa panjang. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan