Khamis, 16 November 2023

ISRAEL PENGGANAS BUNUH ORANG AWAM

Oleh. Huzera Ben 

Gaza. Kejayaan zionis Israel  (gambar) mengepung bumi Gaza bukan lah satu langkah yang bijak selagi mereka membunuh orang awam, press, petugas hospital diseluruh Gaza sejak 7 Oktober 2023.

Jika Zionis Israel hanya berperang dengan Hamas, AlQassam dan Hizbollah itu hak mereka bagi mempertahankan diri namun mereka lebih membunuh orang awam, press, sukarelawan hospital serta semua petugas disetiap hospital Gaza. 

Kecanggihan tentera Israel mengesan kumpulan Hamas, Hizbollah dan AlQassam dengan radar serta Dron tidak boleh dipertikai namun orang awam dan petugas hospital  serta press pula menjadi target seluruh senjata tentera Israel. 

Kematian lebih 11,000 rakyat awam di Gaza menandakan tentera zionis Israel sama taraf dengan pengganas dunia menurut pemimpin Plastine dan Turkey hari ini, malah pemimpin Turkey menggesa pemimpin tertinggi Israel meletak jawatan jika gagal menghentikan pembunuhan orang awam di Gaza bermula dari hari ini. 

Dunia perlu melihat kejahatan tentera zionis Israel secara terang terangan membunuh setiap orang awam dibumi Gaza termasuklah kakitangan hospital Gaza, namun setiap sekutu Israel masih lagi memenangkan pemimpin tertinggi Israel tanpa mengambil kira mayat orang awam bergelimpangan dihospital Gaza akibat serangan Zionis Israel.

Turut mengutuk serangan Zionis Israel terhadap setiap orang awam di Gaza ialah Recep Tayyip Erdogan Presiden Turki demi memelihar seluruh nyawa warga Gaza dan Plastine amnya tegas beliau hari ini. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan