Rabu, 29 November 2023

SOROTAN SABAH SEMASA

(Adakah Semua Bustop Sepanjang Jalan Digajet Sebagai Terminal Sabah)

Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Pengguna pengangkutan awam negeri ini meminta penjelasan sejak bila kerajaan Sabah menggejet semua bus stop sebagai terminal bus mini menunggu penumpang sepanjang hari silih berganti lapor mereka. 

Ada juga pemandu bus mini berlagak macam polis dibus

stop dengan menyoal orang awam kerja apa, tinggal dimana dan macam macam lagi disoal tanpa mengenali siapa mereka.

Berdasarkan maklumat orang awam yang menjadikan bus stop sebagai tempat menunggu kenderaan sewa bulanan mereka, para pemandu bus mini dalam usia dibawah 45 tahun  berlagak berbaris menjadikan bus stop sebagai terminal mereka sendiri  tanpa menghiraukan kenderaan lain menggunakan nya.

Sebilangan pemandu bus mini ini juga sanggup mengebarkan bandera Plastine didalam bus mini mereka berbanding bandera Malaysia,  amat jelas pemandu bus mini ini lebih mengagungkan bandera Plastine berbanding Malaysia mahupun Sabah amnya. 

Adalah menjadi harapan  kerajaan Sabah dapat mencegah perilaku pemandu bus mini yang dilaporkan tidak memiliki kelengkapan dalam pemanduan bus pengangkutan awam melainkan main berani sahaja menyewa bus mini dan permit orang lain.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan