Isnin, 13 November 2023

KEMAMAN PERCATURAN BAHARU

Parlimen Kemaman Panas 

Oleh. Basron Kirwan

Terangganu. Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman merupakan pertembungan panas bagi Barisan Nasional bersama Pakatan Harapan bagi mendepani calon Perikatan Nasional dalam PRK December 2023 depan.

Barisan Nasional UMNO yang memilih Jeneral (Bersara) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia sebagai calon PRK Parlimen Kemaman memberi peluang rakyat Kemaman menyokongnya kelak.

Perikatan Nasional belum mengumumkan nama calon mereka bagi Parlimen Kemaman walaupun BN sudah mengumum calon mereka hari ini, siapapun calon yang Perikatan Nasional umumkan sudah pasti BN dan PH sudah bersedia menemui seluruh pengundi bagi kawasan Parlimen Kemaman bagi memperkenalkan calon mereka. 

Menurut penduduk Kemaman mereka sangat mengenali anak jati besut tersebut berikutan beliau telah dibesarkan di Kemaman, mereka tidak bermasaalah dengan pencalonan beliau bagi kawasan Parlimen Kemaman asalkan beliau berusaha membantu rakyat Kemaman kelak.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan