Rabu, 15 November 2023

PENGEMIS TUMBUH UMPAMA CENDAWAN

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Pelik tapi benar pengemis dalam negeri ini sentiasa bertambah umpama cendawan tumbuh selepas hujan, warga Sabah sendiri tidak mengenali mereka siapa dan dari mana tiba tiba muncul dengan surat lusuh dibawa tanpa pengesahan surat rasmi.

Ramai juga penduduk Sabah hairan jika mereka penduduk tempatan mengapa pihak berkuasa kerajan negeri tidak turun padang meninjau

mereka melalui pegawai peringkat bawahan, sebaliknya jika orang luar negara mereka melawat Sabah semata mata minta sedekah mengapa mereka dibebaskan berbuat demikian sesuka hati ujar penduduk negeri ini yang ditemui.

Selain peminta sedekah bagai orang cacat satu lagi kumpulan berjalan minta derma menggunakan pakaian pertubuhan keagamaan tanpa surat rasmi dari pertubuhan agama mereka setiap hari bergerak dengan mangkuk dan penukulnya.

Semua kejadian ini dilaporkan penduduk Sabah yang ditinjau bersama kru Media Terkini harian sepanjang awal november 2023 tanpa ada perasaan bimbang golongan peminta derma ini bergerak bebas, kru Media Terkini yang cuba menghubungi beberapa pegawai kerajaan negeri diminta mencatat butir peribadi peminta sedekah berkenaan manakala pemimpin parti politik bawahan pula  mengaku sibuk namun dikesan duduk dikedai kopi tak sampai 5 minit.

Sehubungan dengan paparan ini semua pihak harus menjalankan tugas penuh tanggongjawab yang diamanahkan oleh kerajaan demi semua warga tempatan mahupun pelancong asing dalam kawasan masing masing, sebarang maklumat yang dikemukakan buat rekod dan semak pada setiap pemimpin bawahan didalam kawasan tanggongjawab yang diamanahkan jika melibatkan pengemis penduduk tempatan manakala pelancong rujuk pada kementerian pelancongan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan