Ahad, 26 November 2023

SEKILAS PANDANG SELANGKAH JALAN

Oleh. Koijul Hairol

APAPUN NALURI ANDA HORMATI WARGA TETANGGA 

Borneo. Sebilangan warga borneo berstatus dewasa diminta beradab bila menghantar apa juga didalam pesanan rengkas agar tidak menyinggung pegangan agama orang lain.

Ini penting dihayati orang bergelar dewasa supaya menjaga agama orang lain dari dihantar gambar dan kata kata yang tidak baik bagi orang beragama lain.

Ini didedahkan beberapa umat Islam yang menghubungi kru Media Borneo betapa ada juga manusia bukan Islam dewasa menghantar gambar ULAR DENGAN KATA KATA MEMASAK HAIWAN TERSEBUT UNTUK DIMAKAN, walaupun mungin tidak bermasaalah bagi mereka namun sebilangan umat Islam yang menerima pesanan rengkas terlibat tidak semuanya suka diperlakukan sedemikian ujar mereka.

Dalam konteks bermasyarakat sekalipun setiap pegangan agama perlu dijaga jangan sampai dihantar daging ular dengan pelbagai kata kata tidak sesuai, terlalu besar pemeliharaan agama masing masing agar jangan sampai dicabuli dengan perkataan ajakan memakan haiwan yang umat Islam tak makan.  

MINYAK BERSUBSIDI PERLU KAWALAN KETAT

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sabah. Munyak masak pek plastik bersubsidi perlu dipantau seluruh negeri ini berikutan ianya banyak dibeli warga asing termasuklah PATI  sehingga warga miskin bumiputera  gagal memperolehi pek minyak bersubsidi.

Menurut sumber penduduk Sabah hari ini, kedai kedai yang menjual pek minyak masak bersubsidi  tidak kisah orang asing  membelinya  memandangkan ada juga warga asing berkerja dipermis terlibat.

Kebanyak warga asing membeli minyak masak bersubsidi membawa anak anak mereka bagi membeli banyak bersubsidi berkenaan, ianya menyebabkan minyak pek bersubsidi disetiap kedai penjual tidak sampai 30 Minit sudah habis dijual manakala orang asli dalam  kawasan luar bandar dan pekan langsung gagal memperolehi tegas mereka hari ini.

Kerajaan perpaduan perlu menghantar pegawai pusat turun padang ke Sabah bagi memantau penjualan minyak masak pek plastik bersubsidi agar tidak ada terus berlaku keteresan minyak tersebut dinegeri ini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan