Isnin, 13 November 2023

ADAKAH WARISAN HILANG PENYOKONG?

Adakah Warisan Hilang Penyokong Jika Seseorang Tinggalkan Parti? 

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Seseorang pemimpin yang meninggalkan parti Warisan tidak mungkin menggugat secara keseluruhan ahli diperingkat akar umbi selagi pucuk pimpinan terus turun padang menemui ahli ahli diperingkat  rakyat berbilang bangsa dan agama.

Sebaliknya  jika pucuk pimpinan tertinggi parti gagal menjenguk  seluruh rakyat dan ahli ahli mereka diperingkat cawangan  baharu lah sesebuah parti akan hilang sokongan, parti Warisan Sabah sehingga hari ini masih aktif turun padang menemui  rakyat  disetiap perkampungan terpencil  dalam Sabah tanpa  ada hentinya walau diluar bandar. 

Isu seseorang pemimpin parti  keluar dan menyokong  lain parti adalah perkara biasa melainkan ADUN atau AHLI PARLIMEN tidak boleh melompat parti lain, namun tidak semua ahli ahli parti berkenaan menyertai parti baharu yang disertai hanya seorang pemimpin bahagian mereka  berikutan pemimpin tertinggi masih utuh.

Sehingga berita ini ditulis belum ada kenyataan balas dari parti Warisan Sabah dalam mengulas pernyataan tersebut walsupun sangat panas isu tersebut.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita; dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan