Isnin, 6 November 2023

Berita Ringkas 

UMNO BAGAN DATUK BERALIH ARAH ? 

Oleh. Basron Kirwan 

Perak. Calon kepimpinan parlimen Bagan Datuk dekat sini mungkin beralih kepada generasi muda mudi bagi mengimbangi teraju kepimpinan UMNO BN pada pilihan raya akan datang. 

Bayangan ini bakal berlaku jika Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno tidak mahu mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya umum akan datang, malah semua kepimpinan generasi muda mudi parlimen Bagan Datuk bagi UMNO dan BN telah siap siaga akan terus mempertahankan kerusi tersebut jika diberi mandat ujar mereka.

Baru baru ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah membayangkan tidak meneruskan legasi politik Bagan Datuk pada pilihan raya  akan datang sehingga menimbulkan seribu persoalan penyokong UMNO BN diseluruh negara ini jelas mereka. 



 PARLIMEN KEMAMAN CALON MUKA BARU ? 

Oleh. Koijul Hairol

Terangganu. Kerusi Parlimen Kemaman mampu ditawan oleh UMNO BN dan PAKATAN HARAPAN  jika komited sepakat memilih calon berpengaruh dikawasan tersebut dalam pilihan kecil akan datang. 

Keputusan  Datuk Seri Dr. Ahmad  Said Pengurusi Perhubungan UMNO Terangganu untuk tidak bertanding pada prk parlimen Kemaman adalah langkah memperkasa pemilihan calon muka baharu, malah kerjasama semua kepimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional  sebaik memilih calon baharu berwibawa diterima semua pengundi di parlimen Kemaman mampu melakar kemenangan selepas pilihan raya.

Tidak ada yang mustahil memperolehi kemenangan jika diusahakan siapa kemahuan  rakyat menerajui kepimpinan mewakili kerajaan perpaduan bagi parlimen Kemaman pada pilihan raya kecil akan datang.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan