Sabtu, 18 November 2023

BENARKAH SEMUA BEKAS KETUA MENTERI SERTAI GAGASAN?

Kehadiran Bekas Bekas Ketua Menteri dalam Mesyuarat Gagasan Menjadi Tanda Tanya 

Oleh.  Williem Anak Lagau

Sabah. Kehadiran beberapa Bekas Ketua Menteri Sabah dalam mesyuarat Parti Gagasan Rakyat Sabah terus menjadi tanda tanya adakah mereka ini menyertai parti tersebut menjelang pilihan raya akan datang?, bekas bekas Ketua Menteri Sabah terlibat menemui Datuk Seri Panglima Haji Hajinih Mohd. Noor tanpa sebarang pengumuman adakah mereka semua bakal menyertai Parti Gagasan Rakyat menjelang PRN akan datang.

Sejak kebelakanan ini Parti Gagasan Rakyat Sabah giat menyusun setiap bahagian mereka menerusi 73 kawasan Dewan Undangan Negeri dipercayai bagi persediaan menghadapi PRN Sabah akan datang, namun ramai penduduk negeri ini merasa keliru berikutan mereka Parti Gagasan Rakyat Sabah adalah sebahagian dalam gabungan rakyat Sabah dengan ada yang bermain didalam 2 kolam tegas orang Sabah.

Dalam tinjauan kru Media Terkini  seluruh Sabah kekuatan Barisan Nasional masih dikenang warga yang melihat Projek PAN BORNEO sehingga ke Sarawak, mereka juga yakin jika kerjasama antara Pakatan Harapan, KDM serta Warisan mendokong bersama BN harapan rakyat boleh dikecapi selepas PRN Sabah nanti.

Untuk rekod Perikatan Nasional  Sabah juga memiliki misi bagi mendapat sokongan segenap lapisan rakyat jelata setanding dengan PGRS namun masih sukar diramal dua parti tempatan antara STAR dan PARTI BERSATU SABAH yang dilaporkan sedang merangka kerjasama mereka,  hanya pemimpin  tertinggi  semua parti dalam Sabah sedang merangka halatuju kerjasama politik mereka dengan impian mampu meraih sokongan warga tempatan Sabah sehingga PRN  dengan penuh impian kemenangan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan