Sabtu, 18 November 2023

CARI JODOH DILAMAN SOSIAL?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Kemelut generasi muda hari ini terlalu terpengaruh dengan agent mencari jodoh sehingga ada yang lesap ribuan ringgit namun yang dicari tak kunjung tiba. 

Golongan yang mendakwa agent pula saling mengambil kesempatan mencari mangsa antara lelaki dan wanita terutama mereka yang  mendambakan pasangan serba mewah agar terasa kehidupan lebih terjamin.

Dalam konteks ini ramai Agent semtiasa ambil kesempatan menawarkan diri mereka membantu dengan memberi pelbagai persyaratan bagi urusan mencari apa juga idaman para pencari jodoh. 

Sebaik sahaja Agent memasang perangkap  berpusu pusu golongan pencari jodoh ini memasuki laman sesawang kumpulan Agent Pencari Jodoh berkenaan tanpa berfikir risiko yang bakal mereka tempuhi.

Kebanyakan yang menggunakan Agent Pencari Jodoh akan menempuh kegagalan dan kerugian sehingga langkah akhir mereka membisu atau membuat laporan kepada pasukan Polis  jika melibatkan kerugian.

RAMAI HILANG ADAB SOPAN DIKHALAYAK RAMAI 

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Sejak kebelakangan ini ramai hilang adab dan sopan dikhalayak ramai apabila mereka bersin dan batuk menghadap orang ramai secara dekat tanpa pelitup muka khususnya dalam lingkungan Bus Stop.

Sikap seumpama boleh memudaratkan kesihatan orang lain tanpa muda mudi sedari malah mungkin ada yang sengaja melakukan nya  sebagai mempamerkan keegoan mereka, golongan seumpama perlu berfikiran matang bagi menghormati orang lain apa tak lagi masyarakat berusia lanjut  disekeliling mereka.

Hanya beradab bersopan santun serta menghormati orang lain pembentuk perwatakan diri yang disegani orang lain walau berada dimana juga, berbeza mendepani warga asing atau pendatang tanpa izin yang kerap mencari jalan memperdayakan warga tempatan menabur budi demi kepentingan peribadi kumpulan golongan meteka.

Mendepani warga asing seumpama harus mempergunakan kekuatan mental bagi mengelak cubaan mereka mendekati serta menabur budi demi memerangkap diri warga tempatan, langkah  utama mendepani golongan warga asing dan pendatang tanpa izin adalah menjarak diri dan pergaulan bebas agar mereka tidak mampu menabur budi sebagai umpan masa depan kumpulan mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan