Selasa, 28 November 2023

PEMIMPIN POLITIK PERLU MENGENALI RAKYAT JELATA

Orang Parti Politik Perlu Kenali Rakyat Sabah 

Oleh. Williem Anak Lagau/Basron Kirwan 

Sabah. Rakyat menggesa orang politik negeri ini agar jujur turun padang mengenali mereka yang memerlukan pemerhatian sirius sama ada dalam bandar mahupun luar bandar.  

Ini penting bagi memberi keyakinan terperinci semua agenda politik sama ada 

Sabahan mahupun parti dari Semananjung Malaysia yang berkhidmat untuk semua rakyat berbilang bangsa dan agama dinegeri ini.

Penduduk asli Sabah mendedahkan masaalah tersebut dalam tinjauan Media Terkini beberapa kawasan bandar serta desa yang menyifatkan Akbar Media lebih prihatin menrrima suara rakyat dari orang politik Sabahan ujar mereka.

Sepanjang meninjau bandar Kota Kinabalu pengemis duduk tanpa segan silu menanti sebarang sumbangan orang ramai lelaki dan wanita yang mengaku orang kurang upaya, malah ada juga yang dilaporkan mendakwa orang laut yang kini tinggal didarat berteduh dimana tempat sahaja bagi memudahkan mereka meminta derma setiap hari ujar mereka.

Ditanya warga asli Sabah  adakah mereka benar benci parti politik Malaya, mereka mendakwa tidak ada kebencian terhadap parti Malaya selagi dipimpin oleh orang Sabah yang membela semua nasib rakyat Sabah, hanya golongan tertentu sahaja yang gemar meniup kebencian parti Malaya akibat mengharap semua warga negeri ini hanya menyokong politik tempatan sahaja terang mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga  didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan