Ahad, 26 November 2023

MENJADI TALI BARUT MENGORBAN NYAWA

Waspada Talibarut Israel Nyawa Taruhan

Oleh Huzera Ben 

Gaza. Seluruh pejuang Hamas dan Sekutunya mula bertindak menghapus sesiapa sahaja yang menjadi talibarut ISRAEL membocorkan perjuangan kumpulan mereka menurut  kenyataan beberapa pemimpin kumpulan tersebut hari ini. 

Tindakan tersebut dilakukan berikutan beberapa warga Gaza didapati menjadi pemberi maklumat kepada Israel berhubung pergerakan kumpulan mereka diseluruh Gaza, malah sudah beberapa orang pun yang telah ditembak sepanjang minggu ini akibat didapati menjadi talibarut tentera Israel yang sentiasa memburu Hamas dan sekutunya .

Menurut sumber Tentera Israel menggunakan penduduk Gaza sebagai pemberi maklumat pada mereka segala pergerakan Pejuang Hamas serta seluruh sekutu mereka bagi memudahkan tentera Israel memburu dan membunuh mereka yang menentang Israel.

Bagi sebilangan penduduk Gaza mereka rasa tersepit jika tidak memberi maklumat pada Zionis Israel berhubung pergerakan Hamas dan kumpulan nya, tentera Israel mengugut untuk mencederakan mereka  sehingga ramai yang menjadi pak turut memberi maklumat pergerakan pejuang Hamas dan seluruh sekutu mereka yang menentang Zionis  Israel. 

Apapun tindakan yang dibuat Israel memperalat rakyat di Gaza bukan muda mereka memusnahkan perjuangan Hamas serta setiap sekuti mereka demi bumi Gaza sebagai negara Islam dan tidak akan sesekali tunduk dengan tekanan zionis Israel.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan