Ahad, 19 November 2023

PERMAINAN POLITIK SENDIRI DIRAGUI

Ghairah bermain politik sendirian apakah agenda pemimpin tempatan

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Ramai penganalisis politik tempatan meragui hasrat beberapa pemimpin parti politik negeri ini yang sangat risis membenci parti parti politik  berpusat di Semananjung Malaysia sejak kebelakangan ini. 

Sikap mendambakan politik tempatan Sabah yang mahu kuasa sendiri mungkin terbaik untuk mereka yang menjadi pemimpin jika diberi mandat dengan kuasa kemenangan, namun rakyat jelata tetap dihimpit dengan kebanjiran warga asing khususnya pendatang tanpa izin akibat tidak banyak yang boleh dilakukan mereka walau ada jawatan masa kini.

Ini didedahkan oleh beberapa aktivis politok tempatan  yang menegur sikap politik anti parti politik Malaya walaupun dipimpin oleh anak jati Sabahan sejak sekian lama, sejarah hitam negeri Sabah adalah diserang pengganas di TONDUO LAHAD DATU yang mungkin telah dilupakan oleh orang politik tertentu ujar mereka penuh keciwa. 

Tragedi Tonduo Lahad Datu perlu dijadikan iktibar agar jangan terlalu membezakan politik Sabahan dengan Semananjung Malaysia selagi kepimpinan terlibat diterajui oleh orang Sabah sendiri, sebaliknya orang orang parti politik yang terlalu mementingkan politik Sabahan wajar turun padang bersama pasukan keselamatan, JPN, IMEGRESEN serta semua jabatan kerajaan negeri memantau orang asing dinegeri ini. 

Antara nya langkah yang terbiar masa kini ialah JUAL ROKOK SELUDUP KAKI LIMA, JUAL JUDI GELAP KAKI LIMA, PENGEMIS JALANAN, TUKANG KASUT TEPI TANGGA KEDAI, PENJUAL PRODUK JALANAN TAMU MINGGUAN dan banyak lagi yang dilakukan oleh mereka yang diragui namun ada orang politik saja tutup mata.

Sehubungan dengan paparan ini, penduduk asli Sabahan harus bersatu hati dengan pemimpin politik Sabahan yang berpusat di Semananjung Malaysia demi membantu mengawal segala kejadian berleluasa diluar jangka agar boleh dihentikan dalam jangkamasa panjang ujar aktivis politik tempatan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan