Selasa, 21 November 2023

BENARKAH HOSPITAL ASSIFFA PUNYA TEROWONG?

Benarkah Hospital Membenarkan Pembinaan Terowong Bawah Tanah? 

Oleh. Huzera Ben

Gaza. Pengumuman Tentera Israel menemui Terowong Bawah Tanah dalam hospital Assifa dekat sini bagai tidak masuk akal memandangkan tidak mungkin pembuatan Terowong tersebut tidak dihalang pengurusan hospital terlibat jelas warga tempatan.

Pembuatan Terowong bawah tanah juga dilaporkan  bukan boleh siap dalam seminggu, dan mana mungkin hospital milik kerajaan Plastine membenarkan terowong tersebut dibuat dalam hospital mereka jika benar ianya terowong Hamas dan sekutunya lapor penduduk Gaza.

Warga Plastin di Gaza meminta Israel membawa kes terowong berkenaan kepada Mahkamah Antarabangsa jika benar terowong berkenaan sah milik Hamas, ianya penting bagi menentusahkan kebenaran terowong berkenaan wujud dan perlu siasatan rapi, laungan kata menuding jari sukar disahkan berikutan pelbagai bedilan yang sudah dilakukan oleh tentera Israel, dimana berkemungkinan ianya lobang bom yang digugurkan oleh mereka jelas penduduk Plastine di Gaza.

Peperangan Israel dengan Hamas dan sekutunya jelas melanggar perundangan perang antarabangsa apabila mereka (Israel) membunuh orang ramai, wanita dan kanak kanak serta Press dan kakitangan Hospital bertugas menyelamatkan nyawa orang awam.

Apapun pertempuran Israel dan Hamas bersama sekutunya jangan sesekali melibatkan nyawa orang awam dan kanak kanak selaku Tentera Kerajaan yang berperundangan, membunuh mencedrakan orang awam serta merosak harta benda orang ramai serta bangungan kerajaan berdaulat adalah satu kesalahan pasukan Tentera sesebuah negara ujar pemerhati perang tersebut. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan