Sabtu, 11 November 2023

ISU YANG SUKAR DISELESAIKAN

Tidak Sampai Dua Hari 

Oleh. Gifkir Aming 

Isu pokok tumbang diatas Jalan Raya sukar diselesaikan berikutan tidak sampai dua hari kejadian sama dijalan raya sama tumbang lagi kayu buruk berkenaan. 

Isu jalan raya Telipok Ke Kiulu dilaporkan memang hutan kiri kanan dengan kayu yang reput hanya menanti untuk tumbang, namun yang sukar adalah memohon projek pembersihan pokok tua disepanjang jalan raya terlibat tanpa diketahui bila ianya akan tumbang.

Sehubungan dengan kerajaan Madani masa kini rakyat pengguna jalan tersebut meminta agar kerajaan pusat turun padang  bagi meninjau serta meluluskan pembersihan pokok pokok tua berkenaan. 

 MEROKOK BOLEH BERHENTI TANPA PAKAR 

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Ketagihan rokok yang membimbangkan semua warga tidak lah susah hendak meninggalkan nya jika itu yang diniatkan setiap hari.

Namun ianya tidak akan berjaya membuang rokok selagi jiwanya tidak sungguh sungguh hendak meninggalkan rokok yang diamalkan bertahun tahun lamanya terutama lelaki dan wanita muda mudi.

Ini didedahkan oleh beberapa orang veteran yang berjaya berhenti merokok usaha sendiri selama 30 tahun merokok dan kini sudah 20 tahun telah sah bersih dari kerja merokok, mereka hanya menggunakan kaedah menjauhi golongan perokok sepanjang proses mereka berhenti merokok agar tidak terjebak semula kegiatan merokok.

Apa cara sekalipun berhenti merokok jika tekad tidak ada ianya hanya sia sia sahaja disamping beberapa tips lain bagi menghentikan kegiatan merokok.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan