Sabtu, 25 November 2023

PARLIMEN SEPANGGAR PERLU DIPANTAU

Penduduk Mohon Perpaduan Pantau Sepanggar 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Penduduk meminta kerajaan perpaduan Malaysia turun padang memantau kelembaban pembangunan kawasan parlimen Sepanggar walaupun ianya dalam kawasan bandaraya Kota Kinabalu masa kini.

Kawasan Sepanggar yang memiliki tiga kerusi Dewan 

Undangan Negeri iaitu N.18 Inanam, N.17 Darau dan N.16 Kerambunai  umpama ketinggalan dalam agihan projek pembangunan termasuklah jalan raya banjir berulangkali dan seringkali kayu tumbang diatas jalan raya lapor penduduk setempat.

Penduduk parlimen Sepanggar juga melaporkan bukan senang menghubungi para pegawai kepimpinan kerajaan dikawasan terlibat menerusi telipon termasuklah golongan ahli parti politik mereka bila ada keperluan dikalangan warga penduduk lapor mereka hari ini. 

Berdasarkan kepada kedudukan kerusi Dun yang terletak dikawasan parlimen Sepanggar N.18 Inanam milik PKR, N.17 Darau milik Warisan dan N.16 Kerambunai milik Umno manakala Parlimen milik PKR sehingga hari ini.

Kerajaan Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) masa kini terus menjadi tanda tanya penduduk Sepanggar mengapa kawasan mereka tidak mendapat perhatian apabila setiap musim hujan pasti jalan raya ditenggelami air dan sukar dilalui kenderaan kecil ungkap mereka kesal.

Adalah menjadi harapan penduduk Sepanggar agar kerajaan persekutuan turun padang memantau setiap jalan raya yang kerap dilanda banjir supaya dapat dibaiki secepat yang boleh sama ada dibandar mahupun jalan perkampungan setempat tegas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan