Sabtu, 18 November 2023

DIKUTUK DUNIA ISRAEL TERUS MENGGANAS

Hampir seluruh dunia mengutuk keganasan Israel namun serangan keatas Gaza terus berleluasa 
Oleh. Huzera Ben 

Gaza. Dunia terus mengutuk Keganasan yang dilakukan oleh Israel keatas seluruh penduduk  rakyat Plastine di Gaza namun tentera Israel tidak langsung menghentikan serangab mereka  disetiap inci bumi Gaza.

Terbaru orang awam dan kumpulan press telah diserang tembakan oleh tentera Israel sehingga ramai orang awam dan kumpulan press terkorban tanpa sebarang kesalahan, ini telah menimbulkan kemarahan seluruh warga dunia keatas tentera zionis Israel yang mendapat sokongan Amerika Syarikat  dalam semua persenjataan.

Anehnya dalam kejadian keganasan Tentera Israel masa kini terus mengganas orang awam dan membunuh sebilangan press dunia, masih ada juga golongan orang yang memberi sokongan terhadap Israel walaupun hampir keseluruhan Gaza mula dimasuki serangan Israel. 

Sehingga berita ini ditulis Israel mula memperluaskan serang mereka kebahagian selatan Gaza penuh rakus tanpa menemui musuh mereka Hamas, Hizbollah dan AlQassam melainkan orang awam diserang bersama press dan kakitangan hospital perubatan dibumi Gaza. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang







Tiada ulasan:

Catat Ulasan