Rabu, 22 November 2023

MENYOKONG PENIAGA GELAP MEMALUKAN

Berlesen diabaikan niaga gelap disokong penuh 

Oleh.Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Sebilangan penduduk negeri Sabah mendedahkan
ramai warga yang suka memberi sokongan peniaga gelap berbanding dengan peniaga berlesen dipelusuk negeri ini.

Antara perniagaan gelap yang disokong ialah, penjual IKAN DIPASAR BERLESEN ditinggalkan sedangkan orang menjual tanpa lesen dalam kenderaan mereka diluar PASAR IKAN  sentiasa dilanggani setiap hari umpama mengguris perasaan peniaga ikan basah berlesen depan mata  mereka.

Peniaga ikan gelap tanpa lesen dalam kenderaan ini dilaporkan cukup berani tanpa takut dengan pihak penguatkuasa perikanan dan majlis daerah yang kerap memantau kawasan tempat mereka berniaga setiap hari.

Sebaliknya berikutan dengan sokongan orang asli Sabahan yang menjadi pembeli ikan mereka tiap hari maka peniaga ini semakin bertambah banyak disetiap daerah menyebabkan ramai peniaga di Pasar Ikan Basah golong tikar tanpa pembeli ikan mereka.

Peniaga ikan basah dalam kenderaan diluar pasar ikan basah juga dilaporkan cukup sombong bagaikan mereka lebih berkuasa berbanding orang asli Sabahan setiap masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian  Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan