Jumaat, 10 November 2023

MENGAPA RAMAI TIDAK MENGENALI

(Siapakah Mereka Pandangan Mata)

Oleh. Koijul Hairol 

Benarkah rakyat negara membangun langsung tidak mampu membezakan status orang pelancong atau warga penduduk tempatan berkeliaran meminta sedekah?, persoalan ini sukar dijawab melainkan penduduk negara membangun sendiri yang memberi jawapan tepat semua persoalan seumpama. 

Kru Media Terkini banyak menerima laporan pelancong negara maju ramai berkeliaran dinegara membangun berlagak orang susah dan sakit semata mata meraih simpati derma sedekah rakyat negara membangun, para pelancong ini hanya membawa sehelai kertas bertulis bahasa Melayu dan Tulisan negara asal mereka yang kononnya mereka susah dan sakit bagi memperolehi wang ringgit sebagai perubatan.

Sebaliknya mereka tinggal dihotel 5 bintang  bermewah mewah hasil dari kutipan seluruh warga negara membangun setiap kali memasuki negara negara terlibat, kejadian seumpama tidak langsung terfikir rakyat negara membangun selain dari pandangan mereka yang murah hati menghulur antara RM2.00 ke RM5.00 dan ada juga RM10.00 dalam seorang dihulurkan.

Kerajaan disetiap negara negara membangun haruslah menjalankan ceramah disetiap  perkampungan rakyat mereka agar tidak terpedaya dengan pelancong meminta sedekah, malah ada penduduk yang ditemui mengaku tidak mengenali langsung golongan pelancong meminta wang dengan berlagak orang sakit bersama kertas lusuh dengan tulisan sendiri sebagai pesakit. 

Pendedahan ini mengingatkan rakyat setiap negara membangun didalam Asia supaya lebih bersedia mengenali mereka, rakyat dan kerajaan perlu sama sama nemulakan ceramah  kesedaran pelan mengenali pelancong asing disetiap kawasan tanah air mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat  iklan niaga didalam akbar ini tanpa mendapat kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan