Ahad, 19 Mei 2024

WASPADA SEMUA TRAGEDI BERLAKU

Oleh. Basron Kirwan 

Pulau Pinang. Pencerobohan masuk diperkarangan Balai Polis Dato' Keramat dekat sini wajar diberi perhatian selu-
ruh Balai mahupun Pondok Polis diseluruh negara agar digandakan anggota bertugas setiap masa.

Pencerobohan Balai Polis Ulu Tiram Johor belum sampai sebulan melibatkan dua wira Polis terkorban kini Balai Polis Dato' Keramat Pulau Pinang pula diceroboh sama menunggang Motorsikal waktu awal pagi.

Selain menceroboh Balai Polis kes cuba memasuki Istana negara membawa sebilah parang juga masih menjadi peringatan kepada keselamatan seluruh negara wajar dipertingkatkan.

Mujurlah cubaan pencerobohan Balai Polis Dato' Keramat tidak ada anggota Polis terkorban mahupun mengalami sebarang kecedraan, sebaliknya memberi peringatan satu mesej besar bahawa setiap Balai dan Pondok Polis amnya diseluruh negara harus berwaspada setiap saat demi keselamatan bersama.

Nekad penceroboh cuba merampas senjata api di Balai Polis Dato' Keramat gagal berikutan kesiap siagaan anggota yang bertugas sehingga penceroboh dapat ditangkap bersama bantuan anggota yang lain.

Sarawak dan Sabah juga perlu bersiap siaga dalam kes seumpama agar tidak mengambil muda kes kes yang berlaku di tiga kawasan Balai Polis Ulu Tiram Johor, Pintu Istana Negara dan Balai Polis Dato' Keramat  Pulau Pinang yang kesemuanya dapat ditangkap melainkan penceroboh yang terkorban. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan