Isnin, 20 Mei 2024

MENGAPA MASIH ADA ORANG POLITIK BERBOHONG?

Oleh. Basron Kirwan 

Penduduk Sabah perlu berwaspada dengan tindak tanduk sebilangan pemimpin parti politik (Sabahan) berbohong pada rakyat dengan tidak membayar wang dijanji untuk rakyat tempatan.  

Terdapat juga pemimpin bahagian parti politik yang mendabik dada umpama tuan besar namun hutang tidak seberapa terus dilupakan tanpa bersikap rasional membayarnya kepada rakyat mereka, perbuatan seumpama sangat memalukan bagi penduduk yang berdaftar sebagai pemilih dikawasan tertentu dan rakyat jelata akan mengingatinya sampai bila bila pemimpin terlibat enggan membayarnya.

Antara pendedahan penduduk dibeberapa kawasan DUN dalam negeri Sabah terutama parti tempatan Sabahan namun bercakap cukup tinggi tanpa ada orang setanding dengan nya, ianya juga perlu diketehui umum agar suatu masa kelak seluruh rakyat negeri ini mengenali golongan pemimpin bersikap seumpama yang hanya merugikan rakyat jelata jika dibiarkan ujar mereka. 

Berwaspada orang pemimpin bahagian parti politik Sabahan agar tidak membohongi rakyat mereka sendiri sampai sebilangan warga mereka muak dengan perilaku mereka.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan