Sabtu, 11 Mei 2024

PRK KKB SENGIT HARI INI

Oleh. Basron Kirwan 

Selangor. Pilihan raya kecil Dun Kua Kubu Baru sengit sehingga jam 2.00 petang tadi, masing masing memiliki penyokong tegar antara PN dengan PH disetiap kawasan membuang undi.

Menurut maklumat dari Suruhan Jaya Pilihan Raya sehingga masa kini lebih kurang 50.87 peratus yang sudah menunaikan tanggongjawab membuang undi sehingga jam 2.50 petang tadi, semua pusat mengundi PRK Kuala Kubu Baru akan ditutup keseluruhan pada jam 6.00 petang ini dengan harapan semua pengundi dapat mengundi sebelum ianya ditutup. 

Dikalangan pemerhati politik meramalkan pengundi Cina mungkin lebih kepada Pakatan Harapan namun pengundi Melayu dan India dijangka lebih kepada Perikatan Nasional manakala orang asli sukar diramal siapa mereka beri undi mereka.

Bagi calon Parti Rakyat Malaysia dan Bebas pastinya mengharap undi rakyat yang sudah tidak mahu dengan calon calon PH dan PN dikawasan tersebut dengan protes undi kepada calon parti kecil dan Bebas amnya. 

Adalah dijangka keputusan penuh PRK Kuala Kubu Baru antara jam 9.00 hingga 10.00 malam ini menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya setakat jam 3.00 petang tadi.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan