Jumaat, 31 Mei 2024

RAKYAT JELATA TIDAK BERMASAALAH JKDM

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Rakyat jelata negeri Sabah menafikan berla-

kunya perpecahan rakyat dengan kewujudan JKDM setiap kampung dalam negeri Sabah sebagai badan memajukan kampung sebagai kerjasama dengan badan JPKK sedia ada. 

Kebanyakan rakyat luar bandar kawasan parlimen Tuaran menyuarakan kebaikan ada JPKK dan JKDM  dalam penduk kampung yang sama, kedua dua badan tersebut mampu membantu seluruh penduduk kampung  mereka memajukan ekonomi dan pembangunan setempat tanpa ada perpecahan rakyat ujar mereka.

Menurut orang kampung setempat, jika JPKK berurusan dengan kerajaan negeri Sabah, JKDM pula dilaporkan membantu rakyat penduduk kampung  termiskin merubah sumber ekonomi mereka.  

Jawatan JPKK disandang orang kampung Sabah manakala JKDM juga disandang penduduk kampung di Sabah, isu seumpama langsung tidak ada perbelahan atau perpecahan penduduk kampung yang sama ujar mereka.

Adapun yang menjadi perhatian orang Sabah ialah, antara JPKK dan JKDM siapa mereka mampu meraih bantuan banyak dari kerajaan negeri, mahupun persekutuan pasti akan diperhatikan oleh seluruh rakyat kampung terpencil demi ukuran mereka menyokong kepimpinan perjuangan parti politik. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan