Isnin, 20 Mei 2024

GERAK KERJA UMNO KEAKAR UMBI PERLU DIGANDAKAN

Oleh. Basron Kirwan dan Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Gerak kerja semua pemimpin ter-

tinggi amnya diperingkat bahagian UMNO, mampu mengembalikan semula sokongan rakyat jika digandakan berkekalan sehingga pilihan raya negeri akan datang. 

Antara pandangan sebilangan penyokong setia UMNO sebagai memberi komen gerak lawatan kerja Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said Ketua Penerangan Umno Malaysia dekat sini, beliau yang bersemuka pelbagai lapisan generasi masyarakat  serta badan badan ngo negeri ini mampu memulihkan sokongan warga diperingkat akar umbi jika dipergandakan dari masa kesemasa. 

Menurut penduduk Sabah yang masih kekal setia dengan UMNO penerangan berterusan terhadap setiap warga penduduk sehingga keluar bandar mampu mengembalikan sokongan rakyat semula keatas Umno, rakyat jelata dan para ngo memerlukan pencerahan agenda perjuangan parti berterusan dikalangan semua lapisan penduduk yang berdaftar sebagai pemilih tanpa ada yang keciciran setiap masa ujar mereka.

Daya usaha Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said menemui warga Sabah bersama beberapa badan ngo didalam negeri ini juga wajar dicontohi seluruh kepimpinan UMNO Malaysia, hanya gerak kerja bersama rakyat lebih kerap bagi mendengar suara cadangan mereka kearah menyatupadukan segenap rakyat jelata seperti kegemilangan dan kekuatan UMNO dahulu.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Malaysia Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan