Rabu, 8 Mei 2024

AWAS POLITIKING INDAH CAKAP PEMANIS BIBIR

Oleh. Basron Kirwan

Borneo. Rakyat Sabah berdaftar sebagai pemilih wajar meneliti latar belakang ahli parti politik yang cuba menonjol melobi menjadi parti yang dicalonkan dalam DUN yang dihajati.

Ramai pemimpin parti politik bahagian bukan sahaja parti tempatan malah ada juga pemimpin parti dari Semananjung Malaysia yang beroperasi di Sabah harus diteliti keperibadian nya.

Sebilangan pemimpin bahagian parti parti yang banyak melobi untuk dicalonkan dalam DUN kawasan mereka dilaporkan rakyat gagal membela rakyat dalam kawasan mereka, sebaliknya ada juga rakyat pengundi kawasan terlibat mula mentafsirkan sebilangan orang politik dibeberapa kawasan hanya menjaga jawatan dan gaji mereka dan bukan nya membantu orang ramai jelas mereka.

Kru Akbar Media Terkini Harian Malaysia cuba menjejaki beberapa pemimpin parti politik Sabahan mahu pun Malaysia hanya dijanjikan semua cerita kosong, ada diantara mereka tidak mahu menyambut telipon masa dihubungi, ada juga yang menjawab sibok metting dan banyak lagi alasan diberi demi mempertahankan jawatan dan gaji mereka tanpa mengenang rakyat setempat.

Sehubungan dengan pendedahan ini rakyat pengundi Sabah  perlu bijak memikir  pemimpin yang cuba melobi menjadi pemimpin agar tidak terus menyokong cakap manis mereka, sebaliknya kaji segala sumbangan dan bantuan yang pernah mereka hulur pada rakyat agar tidak digula gula  oleh kepimpinan parti politik yang hanya penting diri sendiri sepanjang masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan