Ahad, 19 Mei 2024

JENTERA UMNO PERLU BERSEMUKA DIAKAR UMBI

Oleh. Basron Kirwan/Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Pemimpin 

UMNO negeri, bahagian dan Cawangan amnya wajar menggerak jentera sehingga ke peringkat cawangan khususnya rakyat jelata sebagai langkah memberi penerangan terhadap pelbagai dakyah parti parti lawan yang berusaha menarik penyokong UMNO BN tegas mereka.

Jentera UMNO negeri bahagian dan cawangan juga sangat diperlukan warga Sabah kerap mendampingi rakyat bagi mendengar keluhan golongan miskin gagal mendapat kelulusan E.Kasih di Sabah walau memohon berulangkali sehingga kehari ini.  

Ini luahan penduduk Sabah yang mengharapkan jentera UMNO diperingkat bahagian dan Cawangan bergerak seiring bagi menemui rakyat miskin sekerap mungkin, gerakan warga miskin didaftarkan kedalam E. Kasih agar senang mendapat bantuan terutama berpendapatan kurang dari RM1,300.00 sebulan amat diharapkan.

Dalam pada itu, rakyat asli Sabah  juga sangat bersetuju dengan penggandingan tugas JKDM dan JKKK serentak dua badan dalam setiap kampung bagi menggandakan kepesatan peningkatan ekonomi rakyat termiskin dalam setiap kampung ujar mereka.

Menurut rakyat jelata asli Sabahan yang ditemui, tidak ada sebarang isu perpecahan rakyat jelata walau wujud dua badan bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka, JKDM berurusan diperingkat persekutuan manakala JKKK pula adalah berurusan diperingkat kerajaan negeri Sabah secara jelas tanpa ada perbelahan ujar mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan