Isnin, 13 Mei 2024

SIAPA MAMPU MENGHALANG TINDAKAN ISRAEL?

Oleh. Huzera Ben 

Lubnan. Dalam kekejaman Israel menyerang Gaza dan Rafah sehingga mencedera dan membunuh orang
awam tidak berdosa siapa yang mampu menghalang mereka?, ramai negara negara pimpinan Islam hanya melaungkan sokongan namun Is 
rael terus mengganas tanpa menghirau bantahan pemimpin Islam dunia. 

Bayangkan apa jadi bumi Gaza dan Rafah terus dibedil dari udara dan darat oleh Israel tanpa campur tangan negara negara Islam dunia mempertahankan serangan terlibat, malah jumlah korban rakyat Gaza dan Rafah sejak 7 Oktober 2023 sehingga hari ini dilaporkan puluhan ribu yang ditemui tidak termasuk yang gagal ditemui akibat tertimbus dengan tanah serta runtuhan bangunan.

Ada juga beberapa kepimpinan negara Islam bagai berkecuali enggan bersuara membela Gaza dan Rafah menyebabkan Israel terus bermaharajalela didua kawasan tersebut, semua prasarana seperti tenaga letrik hampir musnah termasuklah hospital hospital kerajaan sudah banyak yang hancur menyembah bumi tanpa sebarang tindakan drastik dunia.

Kekejaman Zionis Israel tidak mengambil kira golongan kanak kanak yang menjadi serangan pembunuhan mereka tiap tiap hari bagaikan satu penghapusan etnik, sebilangan pemerintah dunia hanya memerhati sahaja segala serangan Zionis Israel terhadap Gaza dan Rafah walau bergelimpangan penduduk Plastine dikawasan tersebut.

Sehingga berita ini ditulis belum ada sebarang petanda Zionis Israel menghentikan serangan mereka di Gaza dan Rafah, angka korban perang Israel di Gaza dan Rafah tidak ada satupun laporan yang tepat sepenuhnya memandangkan ada yang hilang ditelan bumi akibat dibedil dari udara oleh Zionis Israel.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan