Sabtu, 25 Mei 2024

SIAPAKAH PILIHAN RAKYAT PADA PRN AKAN DATANG?

Oleh. Basron Kirwan 

Borneo. Rakyat negeri Sabah wajar memilih teraju kepimpinan yang jelas seiring dengan konteks kemajuan di Semananjung Malaysia dalam jangkamasa panjang, seperti yang disyorkan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia kurangkan pembangkitan isu kenegerian dalam merancak pembangunan dan peningkatan  ekonomi tanpa ada keciciran rakyat jelata ujarnya.

Kuasa rakyat jelata  adalah mengekalkan kesepakatan dalam rumpun keluarga Madani diseluruh negara, dan bukan berpuak puak mengikut sistem kenegerian menurut acuan fahaman sempit oleh sebilangan kumpulan kecil. 

Menurut pandangan veteran politik Sabahan masa lalu, penduduk dalam negeri  Sabah terbanyak etnik suku kaum sejak sekian lama, demikian juga pertubuhan parti politik tempatan banyak didaftarkan sehingga hari ini, ianya dilaporkan lebih 10 parti tempatan  Sabah ujar warga Sabah.
 
Antara parti parti Sabahan masa kini yang diperolehi dari pemimpin nya ialah, Parti Impian Sabah, Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Parti Warisan Sabah,  Upko,  Kdm, Usno, Pbs, Star, Ldp, Usno, Sapp, Parti Harapan Rakyat Sabah, Parti Cinta Sabah dan Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Dalam semua senarai  parti parti tempatan Sabah hanya 8 sahaja yang bergabung didalam Parti Gabungan Rakyat Sabah, manakala Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam Sabah dipimpin oleh Orang Sabah sendiri masih belum tahu permaufakatan mereka, demikian juga dengan Warisan, KDM, Parti Impian Sabah, Parti Perpaduan Rakyat Sabah masih sukar diramal permaufakatan mereka. 

Rakyat Sabah harus mengetahui bahawa UMNO Sabah telah memegang  Sijil Outonomi Menjaga Urusan Parti Umno dalam negeri Sabah, tidak timbul pun isu  parti Malaya yang dimainkan sebilangan  fanatik politik kenegerian berikutan semua parti politik disetiap negeri adalah pimpinan orang tempatan negeri berkenaan. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan