Berungis. Pemandu Bus Mini Tuaran Kota Kinabalu hari ini menipu penumpang lagi dengan mengenakan Caj Tambang RM5.00 dari Hospital Berungis ke Taipan Inanam.
Kejadian berlaku dengan sengaja pemandu berkenaan memaksa penumpang membayar RM5.00 tanpa menghiraukan teguran penumpang berkenaan.
Penumpang terlibat menyerahkan gambar bus mini berkenaan untuk siaran akbar ini agar Jabatan Pengangkutan Malaysia dapat mengambil tindakan keatas pemandu bus terlibat.
Menurut orang awam yang menjadi mangsa pemandu bus mini menaik kadar tambang berlaku 14 Mei 2024 jam 11.00 hingga 11.55 pagi dari depan hospital Berungis hingga Taipan Inanam.
Kru Media Terkini yang menyelidiki para pemandu Bus Mini orang asli Tampaluri menjelaskan Tambang Bus Mini dari Hospital Berungis hingga Taipan Inanam cuma RM4.00 sahaja.
Jabatan Pengangkutan Jalan dan LPKP perlu melakukan siasatan keatas para pemandu Bus Mini yang sesuka hati menaik kadar tambang setiap hari tanpa mengikut perundangan yang ditetapkan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan