Sabtu, 11 Mei 2024

PENGUNDI KKB MEROSOT

Oleh. Basron Kirwan

Selangor. Keputusan pilihan raya kecil Dun Kuala Kubu Baharu yang memihak kepada Pakatan Harapan merosot jumlah keluar

mengundi kali ini berbanding pilihan raya negeri yang lalu.

Pada PRN yang lalu jumlah keluar mengundi adalah 69% manakala PRK kali ini hanya 61%, majoriti perolehan undi juga menurun dengan hanya 3,869 undi kali ini berbanding PRN yang lalu majoriti nya 4,119 undi perlu diambil kira semua pemimpin parti politik khususnya pengundi muda mudi.

Keputusan PRK 11 Mei 2024 Kuala Kubu Baharu PN Khairul Azhari Saut 10,131 undi,  Pan Sock Tao PH 14,000 undi, Hafizah Zainudin Parti Rakyat Malaysia 152 undi dan Ngau Ke Xim Bebas 188 undi. 

Dalam keputusan PRN lalu Parti Rakyat Malaysia Chng Bon Lai memperolehi 527 undi, Calon MUDA Dr. Siva Prakash memperolehi  1,186 undi, Calon PN GERAKAN Teo Kien Hong 10,743 undi manakala Calon PH DAP Mendiang Lee Kee Hiong 14,862  undi.

Berdasarkan kepada rekod keputusan pilihan raya ini calon calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil kali ini Mei 2024 undi jelas menurun berbanding PRN 2023 yang lepas. 

Dun Kuala Kubu Baharu memiliki jumlah pengundi 40,015 undi  namun  majoriti PRN lalu 4,119 undi berbanding Mei 2024 hanya 3,869 undi sahaja.

Adakah para pemimpin parti politik dapat mnembayangkan penurunan jumlah pengundi merupakan satu protes rakyat jelata keatas pemimpin yang kurang mengunjungi mereka.

Seluruh rakyat Malaysia mampu mentelaah keputusan ini sangat jauh beza dengan PRN 2023 dimana perlu gandakan usaha menemui rakyat tanpa menunggu pilihan raya akan datang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan