Ahad, 26 Mei 2024

HORMATI ORANG TIDAK MEROKOK DITEMPAT AWAM

Oleh

 Jusupi Anak Kurdi

Parlimen Sepanggar. Masyarakat tidak merokok  dikawasan  parlimen tersebut menggesa warga asing agar menghormati golongan tersebut dengan menjauhkan diri semasa merokok  demi kesihatan orang lain.

Jika anda tidak merokok pasti anda juga marah terkena asap rokok dari golongan merokok demi menjaga kesihatan diri, sikap tidak menghormati golongan tidak merokok merupakan satu perbuatan yang kurang baik malah mencerminkan diri  kurang bersopan.

Antara komen golongan tidak merokok melihat sikap pekerja asing  yang sengaja merokok berhampiran golongan warga tidak merokok sehingga terbatuk batuk akibat  terhidu asap, sikap tersenyum sinis warga perokok berhampiran warga tidak merokok melihat terbatuk batuk membuktikan mereka kurang bersopan dan perlu berubah demi kesihatan orang lain.

Menurut warga Sabah yang tidak merokok, golongan PEROKOK seharusnya tahu menjauhkan diri dari warga tidak merokok demi kesihatan diri orang lain, jangan sesekali mempamerkan keegoan bagai tidak menghormati golongan warga tidak merokok dibumi Sabah dan Malaysia amnya tegas mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan