Sabtu, 18 Mei 2024

LAMAN BEBAS BERLELUASA

Oleh. Aki Kinabalu

Sabah. Jika ikut naluri hati semua pandangan mata boleh dihebahkan sesuka hati dengan kata kata yang terkeluar dari hati masing masing.

Mengapa perlu ada sidang pengarang pada setiap akbar yang berdaftar sebagai penyiaran dan pengiklanan?, ianya berfungsi sebagai mengawal kualiti penyiaran agar tidak ikut sesuka hati seperti naluri individu.

Ada juga individu sesuka hati merakam gambar bertujuan suka suka menghebahkan pada group watshap mereka sendiri tanpa sebarang matlamat, tidak hairan lah masa kini penyebaran apa juga gambar dan kata kata meragukan lebih pantas dari Akbar Akbar yang didaftarkan sebagai penyiaran rasmi.

Saban hari ada sahaja sebaran sesuka hati yang dibuat warga sekeliling sehingga mengalahkan akbar akbar yang didaftarkan sebagai penyiaran rasmi didalam dan luar negara, tidak hairan lah ramai warga lebih tertarik sebaran individu berbanding akbar akbar didaftarkan diseluruh benua dan dunia amnya tanpa kesahihan sebaran berkenaan. 

Semua paparan dilaman sosial persendirian perlu tapisan yang lebih menyeluruh sebelum meyakininya dalam dunia penyiaran, kawal kendiri emosi jiwa sebelum menyebarkan sesuatu rakaman yang ditemui sepanjang pergerakan masing masing agar tidak memesong pandangan orang lain.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus, penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan