Jumaat, 17 Mei 2024

KERAP DIBUAT WALAU SALAH PERUNDANGAN

Oleh. Koijul Hairol

Kota Belud.  Kerap kali diberi nasihat jangan membuat atau menyimpan senjata api dan peluru tanpa lesen namun ramai juga lah yang masih melakukan nya tanpa bimbang dikenakan hukuman pihak berkuasa. 

Kes seumpama bagaikan tidak berpenghujung berikutan ada sahaja tangkapan disetiap daerah setiap tahun entah  bagaimana tak serik, bukan sahaja beberapa jenis senjata api malah turut dirampas pasukan Polis adalah peluru hidup pada setiap penyimpan senjata api berkenaan. 

Sebagai keselamatan bersama adalah penting warga disetiap lokasi yang kerap dikesan memiliki simpanan senjata api dan peluru hidup sama sama bersatu menghindari kejadian serupa setiap masa.

Ianya penting bukan sahaja keselamatan keluarga mahupun penduduk sekitar malah ianya bagi mengelak dari kejadian bertukar tangan dengan golongan penjenayah jika lalai penjagaan nya. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan