Ahad, 12 Mei 2024

JALAN LUAR BANDAR MASIH TANAH

Oleh. Mat Qheirel Hazemi Hamid 

Kuala Lumpur. Isu jalan raya luar bandar negeri ini masih banyak belum diperbaiki walau setiap tahun ada peruntukan persekutuan untuk pembangunan negeri ini.

Bukan sahaja jalan raya tidak berturap malah masih ada rumah perkampungan orang asli negeri Sabah masih belum memiliki jalan raya.

Menurut orang Sabah, negeri tersebut merdeka pada tahun 1963 namun kemunduran perkampungan luar bandar masih terus dipandang seluruh penduduk luar bandar sehingga masa kini, tidak siapa tahu bagaimana jalan raya luar bandar masih jauh ketinggalan sedangkan setiap kali pilihan raya pelbagai janji diungkap jika menang dalam pilihan raya sampai kini masih ada orang kampung tiada jalan raya. 

Kebanyakan perkampungan orang asli Sabah dilaporkan masih belum ada jalan raya walaupun hanya 500 meter dari jalan utama, namun bila tiba pilihan raya manis menggunung ungkapan kata diberi pada orang asli Sabah dikalangan calon calon tempatan Sabah yang bertanding.

Sejak 1963 sehingga hari ini tidak dapat dipastikan berapa kali bertukar wakil rakyat mereka yang majoriti orang Sabah yang menjadi YB. mereka, namun sehingga kini sudah 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kearah memajukan setiap perkampungan yang sangat diharapkan orang asli tanpa henti.

Sampai bilakah perkampungan orang asli Sabah memperolehi  kesemua perhubungan jalan raya tidak ada seorangpun yang mengetahuinya, malah dilaporkan ramai wargatua orang asli Sabah yang berulangkali mengundi namun tidak sempat menikmati jalan raya sehingga mereka pergi buat selamanya ujar orang Sabah.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan