Sabah. Sebilangan penduduk negeri ini dilaporkan sekadar tersenyum melihat kanak kanak bawah umur berkeliaran membawa jualan keropok dan kacang goreng setiap hari.
Kanak kanak terlibat dilaporkan bercampur campur antara penduduk tempatan dengan orang asing tanpa menghiraukan menyeberangi jalan raya, kanak kanak terlibat bagaikan tahu kemana mereka sasarkan berjualan seperti Kedai Kedai Kopi, Pasaraya dan didepan pintu setiap Bank bagi meraih simpati orang ramai.
Menurut beberapa warga yang ditemui, tidak dapat dipastikan sama ada ibu bapa kanak terlibat mengetahui segala yang dilakukan anak anak kecil mereka atau sebaliknya, adalah dibimbangi jika kanak kanak terlibat dalam kumpulan ramai dipegang oleh satu sendikit mengerah tenaga kanak Kanak bagi mencari wang sebagai kepentingan mereka.
Dalam tinjauan kru Media Terkini dianggarkan 10 orang kanak kanak bergerak dalam sesuatu kawasan pekan besar, manakala bagi bandar besar dilaporkan kanak kanak sampai melebihi 30 orang diagih pecahan kawasan pergerakan mereka mencari pelanggan tegas mereka.
Hanya kerajaan Sabah sahaja yang mampu menyiasat perkara seumpama disamping penduduk yang melihat melaporkan nya pada pihak berkuasa, sikap tersenyum tanpa ambil tahu dikalangan warga Sabah wajar diketepikan jika mereka prihatin membela anak Sabahan dalam jangkamasa panjang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan