Isnin, 27 Mei 2024

SEMUA JALAN BESAR WAJAR DIPANTAU SENTIASA

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Sabah. Isu keruntuhan dan kebanjiran jalan raya besar perlu pemantauan sepanjang tahun bagi mengelak sesuatu kejadian yang tidak di ingini berlaku. 

Antara keutamaan adalah cerun bukit berkayu  yang dilihat berisiko hendak runtuh mahupun sistem perparitan yang sempit perlu diperluaskan terlebih awal,  sistem menunggu tanah runtuh serta melihat banjir besar baharu memohon peruntukan pembaikan mungkin agak kebelakang sedikit umpama lambat bertindak.

Menurut penduduk negeri Sabah, terdapat sesetengah tempat tebing cerun bukit tepi jalan raya hanya menunggu tanah runtuh namun tidak ada pemantauan pihak berkuasa, demikian juga perparitan mahupun saliran sungai yang tertimbus hampir serata dengan jalan raya namun terus terbiar tanpa penyelanggaraan pihak berkuasa terlibat ujar mereka.

Dalam konteks ini saranan kerajaan pusat yang menggalak petugas diperingkat bawahan setiap negeri agar terus menggandakan usaha memantau setiap masaalah kawasaan masing masing, jangan sesekali mengabaikan segala masaalah yang kerap dilihat tanpa bertindak kearah memperbaiki sebaik mungkin demi kepentingan masyarakat setempat dari masa kesemasa. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga  didalam akbar  ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan  Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan