Selasa, 14 Mei 2024

PAN BORNEO BILA DISIAPKAN

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Penduduk negeri ini mempersoalkan kelewatan penyiapan kerja projek PAN BORNEO  berbanding dengan Sarawak bumi kenyalang yang hampir disiapkan.

Ada juga penduduk Sabah mencadangkan ditambah tenaga pekerja bagi menggandakan usaha mempercepatkan penyiapan projek jika perlu, malah projek Pan Borneo yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya selari dengan penyiapan di Sarawak agar mudah digunapakai semua pengguna.

Menurut penduduk Sabah tidak dapat dipastikan bilakah Pan Borneo Sabah mampu disiapkan berikutan kumpulan pekerja diatas tapak projek terlalu kecil setiap hari, malah ada warga pemandu dijalan raya kerap mengeluh bila HABUK jalan setiap hari menggelapkan pemandangan akibat kurang pemantauan ditapak projek terlibat.

Majoriti penduduk Sabah yang ditemui bersyukur dan berterima kasih keatas perancangan Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan projek Pan Borneo dari Sarawak sampai ke Sabah, projek tersebut tidak akan hilang dalam ingatan warga Sarawak dan Sabah sampai bila bila walaupun Malaysia sudah ditabdir Perdana Menteri yang lain Pan Borneo terus megah dimata rakyat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini yanpa kelulusan pengurus, penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan