Khamis, 23 Mei 2024

ROKOK SELUDUP DISANA SINI SALAH SIAPA?

Oleh. Basron Kirwan

Mengimbas penjualan rokok seludup diseluruh negara melibatkan Sabah pelbagai persoalan bermain didalam jiwa masyarakat serantau

Pihak berkuasa bertungkus lumus memburu serta membenteras pengedaran dan penjualan ROKOK SELUDUP TANPA CUKAI, namun warga pelanggan mereka sama ada orang tempatan mahupun warga asing terus melanggani rokok tersebut dimerata tempat. 

Bayangkan jika semua warga bersatu hati menjauhi penjualan ROKOK SELUDUP  pasti penyeludupan dan penjual tidak mampu bertahan  tanpa hasil selama lebih 3 bulan, namun disebabkan warga negara dan warga asing yang ada didalam negara Malaysia terus menempah semua ROKOK SELUDUP sepanjang masa ianya gagal ditemui.

Ramai warga Malaysia yang sudah berhenti merokok mendedahkan majoriti perokok bergaji rendah terus menjadi pembeli tegar ROKOK SELUDUP setiap hari, tidak hairan lah agent penyeludupan terus berusaha membantu para penjual disetiap bandar dan pekan agar semua pelanggan memperolehi bekalan mereka sepanjang tahun.

Seluruh warga Malaysia  yang bergaji rendah serta merokok mahupun warga asing pekerja dalam negara yang merokok pasti menjadi pelanggan ROKOK SELUDUP sebagai langkah jimat kos perbelanjaan, dalam konteks ini ROKOK SELUDUP HARUS dijauhi setiap hari oleh pelanggan mereka demi membantu kerajaan  Malaysia membasmi penyeludupan demi negara dan masyarakat setempat. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan