Rabu, 8 Mei 2024

BEZA KUCHING DAN KOTA KINABALU DINI HARI

Oleh. Basron Kirwan

Borneo. Bandar Kuching dan Kota Kinabalu sangat jauh berbeza dalam aspek

kemajuan, kebersihan, perdagangan tidak berdaftar serta kebanjiran golongan pedagangan barang tidak bercukai.

Antara perbezaan yang dilaporkan bandar Kuching dan bandar Kota Kinabalu ialah penjual bergerak pelbagai produk meragukan, rokok seludup bebas berjualan dilorong lorong kedai laluan pejalan kaki serta peminta sedekah dilapor warga asing. 

Masaalah tersebut sangat jauh berbeza 
dengan perbandingan 
Orang ramai antara kedua dua pusat bandaraya berkenaan,  dalam langkah kedua dua bandaraya tersebut bersaing maju penguatkuasa perlu diperkasa bagi menjaganya sepanjang masa tanpa membiarkan orang berniaga cara bercanggah dengan perundangan.

Menurut laporan orang ramai, penjualan rokok seludup dikaki lima sangat ramai bagi kawasan Kota Kinabalu namun bila ada penguatkuasa meronda golongan warga asing terlibat pantas hilang dalam sekelip mata ujar orang ramai. 

Bagi bandar Kuching dan sekitarnya terlalu jauh bezanya terutama Kota Kinabalu yang sentiasa  penuh dalam kehadiran peniaga rokok seludup asing setiap hari ujar mereka, malah bandar Kuching sehingga masa kini terus bersih dengan Pendatang asing amnya penjual barang tanpa kelulusan yang sah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan