Khamis, 9 Mei 2024

MENGAPA MEREKA TIDAK SEKOLAH?

Oleh. Koijul Hairol

Kota Kinabalu. Kanak Kanak berkeliaran menjual pelbagai Kueh Mueh dan Keropok menjadi tanda tanya mengapa mereka (Penguatkuasa) tidak menyiasat kanak kanak ini setiap hari.

Kanak Kanak berniaga ini tidak dapat dikesan suku etnik bangsa mereka memandangkan tidak menjawab sebarang pertanyaan melibatkan suku bangsa mereka, apa tak lagi ditanya siapa dalang menyuruh mereka berniaga cara bergerak setiap hari dari pagi hingga kepetang tanpa mengira hujan atau panas tetap juga berjualan. 

Malah kanak kanak bawah umur Sabah banyak berniaga berkumpulan cara bergerak tanpa dihiraukan ibu bapa mereka dalam bandar atau pekan, kes tersebut menimbulkan pertanyaan sebilangan warga yang melihat kumpulan kanak kanak terlibat adakah dirancang atau tidak memandangkan terlalu ramai mereka bdrgerak.

Kes terlibat bukan seorang sahaja bergerak malah dilaporkan sehingga 9 orang mereka dalam satu kumpulan semuanya membawa pelbagai jenis jualan, tidak seorangpun yang tahu apakah ibu bapa kanak kanak berkenaan mengetahui mereka atau ada kumpulan dewasa mengawasi mereka demi mengaut keuntungan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan