Sabah. Masyarakat negeri ini perlu berganding bahu membantu pihak berkuasa bagi mencegah kebanjiran warga asing terutama PATI disetiap ceruk rantau.
Warga asing dan PATI sanggup melakukan pelbagai penipuan memalsukan dokumen orang lain demi kepentingan mereka walaupun dijalan salah, ada juga orang asing sanggup menggunakan teknik menjadikan anak sendiri walaupun tidak berkaitan demi mendaftarkan dokumen pengenalan diri orang senegara mereka.
Hanya permaufakatan penduduk Sabah sahaja bagi mengekang persembunyian orang asing serta PATI walau dimana perkampungan orang tempatan tempat bersembunyi, sikap segelintir penduduk Sabah yang suka berdiam diri walau mengetahui persembunyian orang asing amnya PATI perlu dihindari demi keselamatan tanah air.
Semoga paparan ini mampu memberi pengajaran warga Sabah agar sama sama mencegah warga asing dan PATI dari negara jiran, berbanding terpengaruh memusuhi politiking yang dimainkan pihak tertentu antara parti Sabahan dengan parti yang membuka cawangan ke Sabah dipimpin orang Sabah sendiri.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan