Jumaat, 31 Mei 2024

RAYA AIDILFITRI DAN KOKOTUAN MERIAH

Oleh. Mat Qeyim Hazemi Hamid 

Telipok. Himpunan merayakan dua perayaan serentak 

Aidilfitri Tadau Kokotuan 2024, simbolik memupuk perpaduan dan silaturrahin majoriti etnik Dusun Islam asal Tambunan Ranau di Kg. Kebayau Tamalang hari ini. 

Dalam perayaan tersebut masyarakat setempat tidak pernah lupa batas sambutan  mengikut syariat Islam dalam

pelbagai program sambutan walaupun sudah tidak ada upacara menuai padi sebagai simbolik sambutan berkenaan. 

Penganjuran Aidilfitri dan Tadau  Kokotuan Kg. Kebayau Tamalang  memenuhi kemeriahan sambutan cuma terdapat beberapa syarat perlu perubahan, antaranya semua acara pertandingan yang 
melibatkan harian keatas pemenang wajar diumumkan lebih awal  sebulan sebelum peserta agar mampu membuat latihan awal, ramai para peserta pertandingan penyertaan terjun tewas akibat tidak ada langsung latihan persiapan  dari peringkat awal jelas penduduk setempat yang ditemui. 
Turut diserikan sepanjang sehari Aidilfitri Tadau Kokotuan dikampung tersebut ialah, bina badan kanak kanak, ratu cantik kanak kanak, lokud tangan, Rampanau, panjat pokok licin, syumbara, bola tampar dan tarik tali.

Sebuah badan NGO telah membahagikan 57 kampit beras 5 Kg untuk 57 Keluarga yang dhaif  di kampung Kebayau Tamalang pada majlis tersebut. 

Kunjungan kru Media Terkini Harian Malaysia dimajlis tersebut bagai tidak dikenali warga yang mengunjungi majlis tersebut, walaupun turut disertai pengarah urusan Media Terkini Press ada lagi bertanya dimana sudah berkerja tanpa kisah Kad PRESS yang tersemat didada petugas rasmi.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran Media Terkini  Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan