Kuala Lumpur. Hendak berpolitik kaji keupayaan sayap kepimpinan orang orang yang dipilih menganggotai pembentukan kerajaan berkenaan.
Dalam kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia memiliki tunggak tepat dua Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof dan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu dipandang tinggi khususnya penduduk Sarawak dan Sabah.
Kedua dua Timbalan Perdana Menteri ini mampu membentuk satu ilham teraju kerajaan Malaysia yang lebih mengutamakan halatuju kehidupan rakyat Malaysia terutama Sarawak dan Sabah amnya.
Menurut aktivis veteran politik Borneo, tidak mungkin Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof membiarkan pembangunan dan ekonomi khususnya MA 63 Sarawak Sabah tidak diteruskan dalam jangkamasa panjang, segala usaha masa kini amat jelas masih berterusan menerusi kerajaan Madani walau pelbagai suara suara yang berusaha meraih sokongan rakyat mengembalikan kuasa politik mereka.
Dalam percaturan politik kearah merebut kuasa kerajaan pemerintah negara semua yang diungkap manis bagi pemacu parti politik demi meraih undi dari rakyat berdaftar sebagai pemilih, namun kebanyakan yang diungkap sekadar pemanis mulut memandangkan rakyat didepan pemacu politik tidak pernah pun dihulur segelas air sejuk sehingga tarikh membuang undi baru dapat sebotol minerel kecil.
Dalam konteks ini rakyat Malaysia dan Sarawak Sabah amnya wajar meneliti peneraju politik terbaik dan bukan pada kuasa golongan tertentu semata mata, antara contoh yang jelas dinikmati orang Sarawak dan Sabah yang dirancang dan dimulakan seseorang pemimpin negara kini dirasai rakyat walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak kini dalam penjara Kajang ungkap aktivis politik Borneo.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan