Isnin, 13 Mei 2024

ADAKAH SELARI KERJAYA UMNO PUSAT DENGAN AKAR UMBI?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Impian kepimpinan pusat UMNO dan BN berkerja menitikberatkan pembelaan keatas semua ahli diperingkat akar umbi sehingga tidak ada yang tercicir dalam apa juga agihan keatas mereka.

Ahli ahli Umno dan Barisan Nasuonal diseluruh negara termasuklah Sabah wajar didampingi oleh pemimpin bahagian seperti kepimpinan pusat lakukan demi mengekalkan sokongan mereka setiap masa, kegagalan kepimpinan diperingkat bahagian dan cawangan mendampingi ahli ahli mereka diperingkat cawangan termasuklah penyokong tegar mereka mampu menggagalkan kesetiaan mereka dalam PRN dan PRU akan datang.

Langkah kepimpinan UMNO pusat yang tidak melupakan penyokong setia diperingkat akar umbi amnya rakyat jelata mampu mengembalikan sokongan rakyat pada mereka, namun terdapat sebilangan rungutan rakyat berbilang kaum sering diabaikan oleh segelintir kepimpinan BN Cawangan sehingga ada yang berpaling tadah keparti lain ujar mereka.

Apapun semua jentera UMNO dan BN diperingkat cawangan perlu menjejaki perjuangan kepimpinan pusat tanpa sebarang masaalah, sebilangan pemimpin bahagian dan cawangan yang tidak mampu menggerak pendekatan kepimpinan pada rakyat setiap masa harus memilih pengganti.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan