Ahad, 19 Mei 2024

WARGA SABAH SOKONG JKDM

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Warga dalam negeri ini menyokong Kemasukan Jawatankuasa Kumuniti Desa Madani (JKDM) beroperasi diseluruh negeri Sabah untuk memajukan ekonomi warga luar bandar tanpa dicampur aduk dengan pertubuhan parti politik.

JKDM berpusat dipersekutuan bagi membantu merancak ekonomi penduduk luar bandar Sabah tidak ada isu memecahbelahkan penduduk negeri ini, ianya lebih kepada membantu warga Sabah tanpa melibatkan kefahaman politik rakyat jelata apa tak lagi warga yang miskin dan tidak pernah diluluskan memohon E. Kasih.

JKDM bukan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Madani sebaliknya ia ada lah Jawatankuasa Komuniti Desa Madani yang lebih terbuka kearah memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira parti politik. 

Antara suara warga Sabah yang ditemui Media Terkini Harian dekat sini beberapa hari yang lalu berhubung kemasukan JKDM ke Sabah, banyak pemohon E. Kasih disetiap kampung gagal mendapat kelulusan walaupun bergaji dan berpendapatan kurang dari RM1,500.00 sebulan ujar mereka. 

Menurut warga Sabah, bertahun tahun sudah sebilangan orang kampung memohon E.KASIH namun kebanyakan dari mereka gagal mendapat kelulusan, oleh yang demikian jika kemasukan JKDM ke Sabah boleh membantu mengurus ekonomi rakyat berpendapatan rendah terbiar bertahun tahun  amat ditunggu orang Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan