Sabtu, 28 Oktober 2023

WASPADA AJARAN SESAT MENUJU SYURGA 

Oleh. Basron Kirwan 

Manila. Pendokong ajaran sesat ke syurga wajar disekat memasuki setiap negara bagi mengelak ianya menular dinegara jiran tetangga terutama golongan cetek ilmu agama. 

Ini penting susulan siasatan pihak berkuasa Filipina keatas pelaku ajaran sesat tersebut Senior Agila atau Jey  Rencer Quilario yang dilaporkan mengawin kan budak perempuan dengan orang dewasa. Tidak ada pihak berkuasa Manila mengetahui jumlah pengikut ajaran tersebut diseluruh negara mereka namun dibimbangi ianya menular sekitar negara jiran berhampiran.

Ajaran tersebut terus menarik perhatian dunia walaupun masih lagi dalam penyiasatan terperinci kerajaan Filipina sehingga kini, namun setiap negara berjiran dengan Filipina perlu berhati hati agar ajaran seumpama tidak menular dikalangan etnik mereka yang berada dinegara negara jiran tetangga.

Ajaran seumpama juga bukan sahaja sesat malah boleh diketegorikan mendera kanak kanak wanita dipaksa khawin dengan pasangan dewasa dari mereka, ini perlu dikawal terperinci setiap negara yang  memiliki pekerja asing dari negara terbabit agar tidak ada ruang penyebaran ajaran tersebut dikalangan penduduk tempatan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan