Sabtu, 14 Oktober 2023

GEMPUR SEMUA PENIAGA ASING 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Kuala Lumpur. Semua negeri dicadang menggempur setiap penjaja warga asing agar tidak ada ruang mereka menggunakan kesempatan berniaga dinegara ini termasuk Sarawak dan Sabah sepanjang masa.

Ini disuarakan oleh sekumpulan penjaja perniagaan Sayor dan Ikan diseluruh negara yang menemui KRU Media Terkini dekat sini hari ini, pihak berkuasa bukan sahaja menggempur penjaja sayor malah wajar juga menggempur penjual ikan yang bergerak didalam kenderaan setiap hari ujar mereka.

Majoriti penjaja tempatan meminta pihak berkuasa tempatan tidak melakukan operasi hanya berkala malah dilakukan berterusan setiap hari melibatkan Sarawak dan Sabah, ini perlu supaya semua warga asing tidak ada yang mengintai peluang berniaga secara senyap bergerak dimana juga ada peluang pasti mereka akan menguasainya.

Media Terkini dimaklumkan penjaja tamu mingguan Sabah wujud kelompok penjaja dipercayai orang asing  membanjiri setiap tamu  mingguan, malah ada yang begitu angkuh meminta penjaja tempatan memberi ruang pada mereka menjaja pelbagai jenis perniagaan mereka setiap tamu.

Semua pihak warga tempatan perlu bersatu membendung kehadiran penjaja asing dilokasi tamu tamu mingguan khususnya Sabah agar semua peluang perniagaan dapat semula dikuasai penduduk tempatan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan