Ahad, 15 Oktober 2023

LANDASAN AGAMA SHOLAT DIUTAMAKAN 

Oleh. Norsham Haji Tukirin / Marlin Hamid

Kota Kinabalu. Tiang

agama Islam adalah Sembahyang Lima Waktu sehari semalam bagi seluruh umat Islam yang sihat dan didalam kesempurnaan diri tiap masa, hanya golongan umat Islam yang tidak sempurna akal sahaja tidak diwajibkan bersholat apa tak lagi berjemaah dengan umat Islam yang lain dimana juga berada.

Intipati ceramah agama anjuran badan NGO kawasan Sepanggar dan Kota Kinabalu yang turut disertai pertubuhan sebuah parti politik sekitar Sepanggar di Surau 

Ar Rahman Kg. Kebayau Telipok hari ini.

Sungguhpun ia disertai pertubuhan 

Parti Politik selaku penderma pelbagai keperluan penganut agama Islam setempat, namun sebilangan umat Islam kampung tersebut yang ditemui menafikan sekeras kerasnya jika mereka dikaitkan menyokong pertubuhan parti politik berkenaan ujar mereka. 

Walau bagaimanapun penduduk kampung tersebut tidak lupa berterima kasih segala sumbangan yang diberi oleh badan NGO dan golongan ahli ahli parti politik berkenaan keatas peserta ceramah agama dan Surau Ar Rahman Kg. Kebayau Telipok  demi syiar Islam jangkamasa panjang ujar mereka.

Penduduk Kg. Kebayau dan Tamalang melaporkan mereka masih setia dengan Kerajaan Perpaduan PH dan BN pusat mahupun kerajaan perpaduan negeri Sabah jelas mereka diperkarangan Balai Raya Kg. Kebayau hari ini.

Majlis Penutupan Ceramah Agama Sholat Lima Waktu Utama disempurnakan oleh Adun Lantikan Kerajaan GRS Negeri Sabah dari PAS YB. Dr. Aliakbar Gulasan di Surau Ar Rahman Kg. Kebayau Telipok petang tadi.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan